Anakonda di Sungai Rajang? n Ruff... congrats! hehe..

Awangku Khaider.Utusan Sarawak.Khamis.12 Februari 2009.

[ MUKAH, Rabu - Mitos masyarakat Iban mengenai anakonda dari alam halimunan tang dikenali sebagai 'Nabau' turut mengisi cerita banjir besar di negeri Sarawak pada 12 Januari lalu.

Tiga gambar rakaman dari udara yang rancak bertukar tangan menggunakan sistem mesej multimedia (MMS), teknologi Bluetooth, dan internet di negeri ini sekarang memaparkan seekor anakonda menyusuri sungai dipercayai Batang Rajang.

Seorang warga emas dari daerah Song, Kapit yang kini menetap di sini namun enggan identitinya didedahkan memberitahu, mengikut kepercayaan masyarakat Iban, Nabau merupakan anakonda misteri.

"Bagaimanapun, kewujudan Nabau sukar dibuktikan. Merujuk cerita orang tua-tua, Nabau hadir secara misteri. Apabila Nabau muncul, ia seolah-olah membawa petanda sesuatu kejadian besar akan berlaku.

"Masyarakat Iban terdahulu percaya apabila Nabau muncul secara merentangi sungai, banjir besar akan berlaku. Mungkin juga banjir besar di negeri ini berpunca daripada kehadiran Nabau yang hangat diperkatakan sekarang," jelasnya.

Ketika diminta mengesahkan bahawa tiga gambar anakonda yang dikemukakan kepada Utusan Sarawak menerusi Bluetooth ialah Nabau, beliau sekadar berkata: "Sukar untuk memperincikan ciri-ciri khas makhluk mitos itu. Jika benar gambar-gambar ini Nabau, ia membuktikan bahawa mitos suci itu wujud. Secara ringkas, Nabau digambarkan sebagai anakonda berkepala seperti naga dengan tujuh lubang hidung."

"Bahkan, kekeramatan Nabau ada diabadikan dalam corak anyaman Pua Kumbu. Kami (masyarakat Iban) tetap beranggapan ia mitos suci yang melambangkan keakraban kehidupan manusia dengan alam." tambahnya.

Nabau dipercayai mempunyai kesaktian tersendiri iaitu mampu menjelma dalam pelbagai bentuk untuk menyembunyikan identitinya yang dikatakan sebesar balak matang serta sepanjang lebih 30 meter.]

_________________________________________________________________________________________

To RuFF:: hehehe.. GLAM u!! masuk dlm mag Remaja! Page 73 n 74...

Yeah!!! hidup PLUS SIZE "MODEL"!!!!!!!! haha..